1.0
PENDAHULUAN
Tekanan sosial, walaupun hanya merupakan khayalan, boleh mempengaruhi seseorang supaya mula merokok. Kebayakan para perokok merokok seawal usia remaja, tekanan-tekanan ini boleh berasal daripada remaja yang lain, orang dewasa, dan iklan-iklan di media cetak mahupun media elektronik. Sesetengah remaja mula merokok supaya dapat diterima oleh kawan dan rakan sebayanya yang merokok. Kajian telah menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai kawan-kawan yang merokok adalah lebih brisiko akan merokok berbanding dengan yang sebaliknya.
Tambahan pula, sesetengah remaja mempercayai bahawa merokok memberikan mereka sesuatu "imej" pada mata kawan-kawan mereka atau manganggap diri mereka kelihatan berdikari. Jika seseorang remaja berkenal dan menghormati orang-orang dewasa yang merupakan perokok, remaja itu mungkin akan mengaitkan merokok dengan sifat dewasa. Dalam kes sedemikian, remaja itu akan salah menganggap bahawa merokok akan menyebabkan mereka kelihatan lebih matang atau lebih canggih.
Iklan juga boleh mempengaruhi sesetengah orang supaya mula merokok. Iklan-iklan dalam majalah, papan iklan, dan acara sukan seringnya membayangkan bahawa penggunaan sesuatu jenama rokok akan menjadikan orang itu lebih seronok, lebih menarik dan lebih bersifat perseorangan. Iklan-iklan itu mempergunakan model-model untuk mencipta imej yang mungkin akan ditiru oleh orang lain. Selain itu, iklan-iklan rokok tanpa asap seringnya mencuba meyakinkan orang ramai bahawa keluaran mereka tidak berbahaya.
Kebanyakan orang yang terus merokok mengalami kebergantungan kepadanya secara fizikal dan psikologi. Mereka biasanya menghadapi gejala-gejala seperti berasa tegang, mengantuk dan mengalami sakit kepala apabila tidak merokok. Orang-orang yang tersebut itu mungkin juga merokok untuk membuat diri berasa santai apabila berasa tegang. Yang lain mempercayai bahawa merokok boleh menyebabkan mereka lebih peka dan pintar apabila berasa letih. Merokok boleh menjadi tabiat. Seseorang perokok akan merokok secara automatik pada waktu-waktu yang tertentu, misalnya semasa menelefon, berjalan-jalan atau bersembang dengan kawan-kawan, manakala ada juga yang suka menyibukkan tangan mereka
Sesetengah orang pula menganggap bahawa mereka merokok supaya dapat mengelakkan kegemukan. Bagaimanapun, kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang berhenti merokok tidak menjadi gemuk. Mereka yang menjadi gemuk menjadi sedemikian kerana mereka makan lebih banyak selepas berhenti merokok. Mereka mungkin berbuat demikian kerana perbuatan memakan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada merokok. Seseorang boleh mengelakkan tambahan berat apabila berhenti merokok dengan tidak mengubah jumlah pengambilan makanan dan melakukan senaman.
Kandungan rokok
Kandungan rokok |
tar |
Karbon monoksida |
nikotin |
Rokok
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya tidak ramai yang merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang menyebabkan proses berlakunya kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.
Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan stroke. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kandungan bahan-bahan yang berbahaya dalam sebatang rokok
Kesan asap rokok
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esophagus. perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
2.0
DEFINISI
Alternatif
membawa maksud pilihan. Hari ini perubatan arus utama berteraskan perawatan berasas penggunaan dadah dan bahan kimia Dalam apa jua keadaan sedikit
sebanyak kedua-dua bahan ini menjejaskan sistem pertahanan badan manusia secara
beransur-ansur.
sebanyak kedua-dua bahan ini menjejaskan sistem pertahanan badan manusia secara
beransur-ansur.