pengenalan
•Tubuh manusia mempunyai dua sistem kawalan iaitu sistem saraf dan endokrin
•Dua kumpulan kelenjar :-
i.Kelenjar Eksokrina ( Bersalur)
- kilang air liur, kilang susu., pankreas
i.Kelenjar Endokrina ( Tidak Bersalur)
- menghasilkan bahan kimia iaitu hormon dan diserap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh
•Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah. Rajah 1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin dalam manusia.
Hormon ialah bahan kimia yang disintesiskan oleh kelenjar endokrin yang merembeskannya terus ke dalam sistem peredaran darah.
Pituitari
•(Kelenjar agung)
•a. Hormon
•pertumbuhan (GH)
•Merangsang pertumbuhan badan
b. Hormon perangsang tiroid (TSH)
•Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina.
c. Hormon antidiuresis (ADH)
•Merangsang penyerapan semula air dari tubul ginjal.
d. Hormon perangsang folikel (FSH)
•Merangsang perkembangan folikel Graaf dan tubul semen.
e. Hormon peluteinan (LH)
•Menyebabkan pembebasan ovum daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum.
Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.
Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.
f. Hormon adrenokortikotrof (ACTH)
•Merangsang korteks adrenal menghasilkan hormon.
g. Hormon prolaktin
•Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu.
h. Hormon oksitosin
•Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin.
•Tiroid
•Tiroksina
Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria.Mengawal aras aktiviti, menggalakkan pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental.
•Kelompok sel Langerhans dalam pankreas
•Insulin
•Glukagon
•Menyebabkan penukaran glikosa kepada glikogen.
Menyebabkan penukaran glikogen kepada glukosa.
Menyebabkan penukaran glikogen kepada glukosa.
•Adrenal
•Adrenalina
•Aldosteron
•Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah.
•Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium.
•Ovari
•Estrogen
•Progesteron
•Merangsang perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada.
•Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus.
•Testis
•Testosteron
•Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar.
Merangsang spermatogenensis.
Merangsang spermatogenensis.
•Perubatan
•i.
•Kanak-kanak yang mengalami kretinisme diberi suntikan hormon tiroksina dan hormon pertumbuhan.
•ii
•Pesakit diabetes mellitus diberikan suntikan insulin.
•iii
•Penyakit lain yang disebabkan kekurangan hormon adalah seperti diabetes insipidus (kekurangan hormon ADH) dan miksodema (kekurangan tiroksina)
•iv.
•Estrogen diberikan kepada wanita untuk mencegah osteoporosis.
•v.
•Rawatan hormon kortisol untuk pesakit asma.
•Estrogen sintetik iaitu dietilstilbestrol(DES) digunakan untuk merangsang pertumbuhan lembu.
•ii.
•Bovine Somatotrophine (BST) untuk meningkatan penghasilan susu dalam lembu.
•Kelenjar Endokrin:-
i.Kelenjar Pituitary
ii.Kelenjar Tiroid
iii.Kelenjar Paratiroid
iv.Kelenjar Timus
v.Kelenjar Pineal
vi.Kelenjar Adrenal
Organ-Organ Yang Dibekalkan Dengan Kumpulan Sel Endokrin
i.Kumpulan Langerhans
- Pankreas
ii. Organ Pembiakan / Gonad
- Ovari – Wanita
-Testis – Lelaki
iii. Perut Dan Usus
•Rembesan Kelenjar endokrin disebut hormon
•Hormon ialah bahan kimia yang dirembes terus ke dalam darah dengan jumlah yang kecil oleh sel-sel khusus atau kelenjar, diangkutkan oleh darah ke bahagian-bahagian tubuh yang lain dimana ia bertindak dengan reseptor-reseptor khusus dalam sel tisu.
•Pengenalan
-Kilang ini boleh disifatkan sebagai kilang atau Master Of Gland dalam sistem endokrin. Oleh yang demikian kilang pituitary berfungsi mengeluarkan hormon-hormon serta mengawal dan mengimbangkan aktiviti kesemua kilang-kilang endokrina dalam tubuh manusia.
•Kedudukan
- Terletak di dalam ruang tengkorak iaitu di fosa yang terdapat dipermukaan atas tulang stenoid yang dikenali sebagai Pelana Turki / Sella Turki.
............struktur ......
•Bentuknya bujur, bergaris pusat kira-kira 10mm dan berwarna kelabu-kemerahan. Beratnya atas 0.5-1.0gm. Kelenjar ini boleh dibahagi kepada:-
•
i.Bahagian anterior pituitary
ii.Bahagian tengah ( middle)
iii.Bahagian Posterior pituitary
ANTERIOR PITUATARY
•Mengeluarkan beberapa hormon yang boleh dikelaskan seperti berikut:-
1.Hormon yang menggalakkan kelenjar endokrin lain menghasilkan hormon-hormon sendiri.
a.Hormon Tirotrofin (T.S.H) hormon penggalak tiroid
- menggalakkan kelenjar tiroid menghasilkan Tiroiksin
b. Hormon Adrenokortikotrofin (A.C.T.H )
- menggalakkan kilang adrenal menghasilkan
* aldosteron
* Desoksikortosteron ( D.O.C)
* Kortison
•Hormon Gonadotrofin – hormon kejantinaan
•Bagi wanita
i.Hormon Perangsang Folikel ( F.S.H.)
- Menggalakkan Sel pundi ovum menghasilkan hormon estrogen
ii. Hormon Perangsang Korpus Leteum ( L.H)
- Menggalakkan korpus luteum menghasilkan hormon progesteron
•Bagi Lelaki
i.Hormon Perangsang Folikel ( F.S.H )
- Menggalakkan testis menghasilkan sel sperma
ii.Hormon Perangsang Sel Celah / Intersitium ( I.C.S.H )
- Menggalakkan sel-sel celah di testis menghasilkan hormon testosteron.
2. Hormon Prolaktin ialah suatu hormon yang mengawal penghasilan dari kelenjar mamari.
3.Hormon Somatotrofin ( hormon Penggalak Tumbesar ) menpengaruhi kadar tumbuh membesar seluruhnya untuk menentukan tumbesar seseorang itu normal, kerdil atau gergasi.
4.Hormon yang menpengaruhi ungkaibina ( metabolisma ) dan yang menpengaruhi tugas kelenjar paratiroid dan pankreas.
No comments:
Post a Comment